P Uthayakumar

P Uthayakumar (lahir 7 November 1961) merupakan pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu atau Hindraf. Polis PDRM menahan Uthayakumar, M Manoharan dan K Vasantha Kumar kerana mengadakan tunjuk perasaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan Batu Caves pada 25 November 2007.[1][2][3]Mereka tidak didakwa di mana-mana mahkamah di Malaysia. Oleh itu butiran kesalahan sebenar mereka tidak diketahui. Pihak keselamatan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan mereka tanpa perlu bersiap-sedia menyediakan bukti-bukti dan sebarang saksi.[4]Pada 8 Mei 2009, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pembebasan 13 orang tahanan ISA termasuklah Uthayakumar.[5]